ISL Minggu 1 (BMM 3103) Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Pengertian Dan Konsep Pentaksiran,Pengujian dan Penilaian
• Pentaksiran
– Pentaksiran adalah suatu proses yang melibatkan pembuatan keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan dan piawaian.
– Pentaksiran adalah merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu.(Lembaga Peperiksaan Malaysia 2000)
– Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor yang telah diperolehi hendaklah sah dan boleh dipercayai untuk wujudkan keadilan kepada pelajar.
– Dapat disimpulkan di sini bahawa pentaksiran ini adalah proses ataupun prosedur yang sistematik bagi mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil pembelajaran.
• Pengujian
-Pengujian di sini adalah proses dan prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis.
-Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran
-Di samping itu, pengujian juga adalah merupakan satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kefahaman pelajar, keberkesanan strategi yang digunakan oleh guru beserta dengan tujuan-tujuan yang lain
-Pengujian ini juga dilaksanakan adalah untuk perubahan tingkahlaku individu khususnya kepada para pelajar di sekolah.
-Pengujian ini juga digunakan untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dan menempatkan pelajar di kelas yang bersesuaian dengan tahap kebolehan dan kefahaman mereka.
-Antara cara pengujian ini boleh dilakukan adalah dengan pemerhatian, ujian bertulis, ujian lisan dan lain-lain kaedah pegujian yang lain.
-Oleh yang demikian, pengujian boleh dikatakan sebagai proses penyerahan satu set soalan yang piawai yang perlu dijawab atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku ataupun perubahan seseorang individu atau pelajar.
-Pandangan Cronbach ( 1970 ):
“ Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, ataupun satu sistem yang berkategori.”
• Penilaian
–Penilaian adalah suatu proses melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan seterusnya membuat keputusan.
–Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri di mana kita boleh membuat anggaran sama ada matlamat yang telah ditetapkan tercapai ataupun tidak.
–Penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif ataupun kedua-duanya sekali.
–Pandangan Gay ( 1985 )
“ Penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif telah telah ditetapkan itu tercapai.”
–Dapat simpulkan di sini bahawa penilaian adalah proses dan prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran yang bertujuan untuk memberikan maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran ataupun sikap.
Prosedur Penilaian
Langkah 1: Persediaan Ujian
Langkah 2: Pentadbiran Ujian
Langkah 3: Pemeriksaan Jawapan Ujian
Langkah 4: Analisis Ukuran
Langkah 5: Interpretasi Dan Tindakan Susulan
Rujukan:
• http://www.measurementexperts.org/
• http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf
• “Pengukuran, Pengujian Dan Penilaian” oleh Encik Azizi Ahmad
Friday, January 8, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)